[VIDEO] Jurunal emas di samun tengah highway, ramai syak angkara orang dalam

 


Kuala Lumpur: Seorang jurujual sebuah syarikat pengedar emas dan rakannya cedera selepas cermin kenderaan dinaiki mereka dipecahkan tiga lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian samun di Lebuhraya Besraya, di sini, semalam.

.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Kuchai Lama menghala ke Sungai Besi sebelum dihalang dua pacuan empat roda pada 3.35 petang.
.
"Tiga lelaki yang bersenjatakan parang menghampiri kenderaan mangsa dan memecahkan cermin kenderaan itu sebelum menarik jurujual berkenaan serta rakannya keluar dari kenderaan terbabit.
.
"Suspek kemudian terus melarikan kereta mangsa bersama barang kemas dan wang tunai di dalam kenderaan itu. Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan akibat terkena serpihan cermin dipecahkan suspek," katanya dalam kenyataan, hari ini.
.
Zairulnizam berkata, menurut mangsa, semua suspek berbadan besar memakai baju lengan panjang dan memakai topeng ski.
.
"Difahamkan mangsa mempunyai urusan jual emas kepada beberapa kedai emas di Kuala Lumpur.
.
"Hasil maklumat awal, kereta mangsa ditemui di kawasan Damansara, Petaling Jaya, Selangor dalam keadaan terbakar," katanya yang memaklumkan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
.
Beliau berkata, usaha memburu suspek yang terbabit dalam kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes di talian 03-22979222 untuk tindakan lanjut," katanya.
.
Terdahulu, satu video berdurasi enam saat menunjukkan beberapa lelaki memakai topeng ski dilihat menarik seorang lelaki dipercayai mangsa keluar dari kenderaan itu tular di
media sosial, hari ini
  .