Janji Nak Kahwin Kalau PKP Lagi, Pengantin Berbaju Hitam Buat Ramai Terpukau

 


Dalam memilih busana untuk dipakai semasa majlis perkahwinan, pasti bakal pengantin keliru hendak membuat pilihan warna yang sesuai, kan? Tidak dinafikan, semakin ramai yang memilih baju berona lembut untuk diperagakan pada hari bersejarah mereka. Namun, jarang sekali kita melihat mempelai mengenakan persalinan serba hitam kerana menganggap ia sebagai warna yang ‘suram’ dan ‘tak naik seri’.

Pengantin segak berbaju hitam dengan sulaman keemasan 

Namun bagi sepasang pengantin iaitu Muqrie dan Farha, mereka berdua dilihat sangat berani memilih warna gelap untuk majlis persandingan tempoh hari. Muqrie yang dilihat segak berbaju Melayu turut lengkap mengenakan tanjak dan keris. Manakala Farha pula cantik berbaju kurung Pahang beserta sulaman keemasan dipadankan pula dengan sanggul cucuk dan bunga tangan sebagai aksesori. Walaupun warnanya gelap, namun mereka tetap nampak menonjol dan berseri dalam gambar outdoor berkenaan.

 






Berseloroh nak kahwin kalau PKP dibuat sekali lagi 

Selain memilih warna rare dan jarang dibuat oleh pengantin lain, pelamin mereka juga kelihatan unik kerana berunsurkan tropikal dihiasi pula dengan daun kering dan kerusi rotan. Mengimbau kembali, sebelum ini Muqrie pernah berseloroh kononnya akan nekad berkahwin sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diadakan sekali lagi.

Ada vibes macam Tun Teja dengan Hang Tuah 

Selain mendoakan kebahagiaan rumah tangga, rata-rata netizen mengakui bahawa sangat menyukai foto outdoor tersebut. Bahkan mereka memuji mempelai berkenaan seperti Tun Teja dan Hang Tuah.




Baca Juga : Donal Trump Siap Kampanye, Dokter Sebut Perawatan Covid-19 Selesai