[VIDEO] Senang Rupanya Nak Basuh Bekas Plastik Berminyak, Tak Perlu Sental Pun

 


Bekas plastik ibarat sudah menjadi satu keperluan ‘wajib’ untuk membungkus makanan di zaman sekarang. Sesetengah orang yang sudah habis makan akan membuang terus plastic container ke tong sampah kerana malas hendak menyental kesan kotoran sisa makanan terutamanya jenis berminyak. Namun kalau dah sampai di tangan mak-mak mestilah sayang nak buang, betul tak? Lagi pula, bekas yang sama itu boleh digunakan semula untuk mengisi makanan-makanan lain.

Rupanya ada cara mudah basuh bekas berminyak 

Bagi yang agak malas dan gemar membuang terus bekas ini, mungkin anda akan terkesima selepas melihat video yang viral di TikTok ini. Menerusi akan @cikd chemilan, dia berkongsikan cara mudah untuk membasuh container berminyak dengan kaedah paling ‘kacang’.



Masukkan sabun dengan tisu, goncang sampai bersih 

Tidak perlu menyental terlalu lama sampai kulit tangan pun naik kembang terkena buih sabun, hanya gunakan 2 bahan sahaja iaitu cecair pencuci pinggan dan juga sekeping tisu. Masukkan dua bahan tersebut, tutupkan bekas kemudian goncangkan selama beberapa minit. Dalam sekelip mata, bahagian dalam container yang tadinya berminyak kini sudah bersih dan sedia untuk digunakan semula. Meraih lebih 200,000 jumlah tontonan, netizen berterima kasih selain berkongsi tips mereka pula.

@cikd_chemilan

My life saver! 😍 ##lifehack ##hometips ##kitchen ##fyp ##tiktokguru

♬ original sound - iman🌻



Baca Juga : Para Ilmuwan Berencana Akan Selamatkan Es Kutub Utara dengan Butiran Kaca