Beratus Terjun Laut Elak Karam, 4 Kru Kapal ‘Dayang Topaz’ Masih Belum Ditemui

 

Seperti yang diketahui ramai, bekerja dalam industri minyak dan gas boleh menjanjikan gaji lumayan buat mereka yang sanggup menghadapi segala cabaran di lautan selain berjauhan dengan keluarga tercinta. Namun, di sebalik tawaran tersebut, tak ramai yang tahu realiti kesusahan dan cabaran yang dihadapi individu yang bergadai nyawa betugas di pelantar minyak.

Kapal platform alami kecemasan di Miri…karam dengan 62 kru masih ada di atas kapal & 125 dah terjun ke laut 

Pagi ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan insiden kapal platform karam di sekitar perairan Sarawak. Menerusi kenyataan rasmi di Facebook, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengesahkan menerima isyarat kecemasan daripada kapal Dayang Topaz di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri. Kapal Sapura Construction yang mengajukan aduan tersebut juga telah bergerak ke lokasi untuk mengesan lokasi sebenar kapal Dayang Topaz yang dilaporkan mulai karam dengan 62 kru masih berada di atas kapal, manakala 125 kru lagi telah terjun ke laut.



Seorang gagal diselamatkan…4 lagi masih belum ditemui 

Justeru, aset-aset bantuan telah segera menuju ke lokasi yang merangkumi 3 kapal dan sebuah bot Maritim Malaysia di Miri bersama beberapa lagi kapal serta bot milik Petronas dan Shell. Kira-kira jam 8.45 pagi tadi, seramai 121 kru berjaya diselamatkan, namun seorang dilaporkan telah ajal manakala 4 individu lagi masih belum ditemui. Semua kru yang dijumpai telah diselamatkan oleh aset-aset bantuan yang tiba di lokasi kejadian berkenaan. Pihak MRCC Putrajaya kini sedang giat melaksanakan koordinasi lanjut bagi mencari dan menyelamat baki empat kru dalam Operasi Carilamat kru Kapal Dayang Topaz yang masih belum ditemukan.



Ada hikmahnya 2 kali bot tak jadi naik laut minggu ni…Doakan kami selamat 

Menerusi akaun Twitter salah seorang petugas di sana yang dikenali sebagai Zammir, dia turut berduka cita dengan insiden terbabit yang telah meragut nyawa salah seorang krew kapalnya. Dalam pada itu, dia turut merasakan ada hikmah beberapa kali gagal bekerja di laut sepanjang minggu ini.


 

Baca Juga : Cerita Khabib Nurmagomedov bersama sang ayah Perjuangkan Islam dalam Didikan sang Ayah