Suami Buat Hal Dapat Mesej ‘Sayang’ , Tak Sampai 2 Saat Terus Kena Soal Bini

 


Bila hati dah sayang, setiap isteri pastinya mahu setia bersama dengan suami tercinta sampai ke akhir hayat kan? Malah bagilah apa dugaan sekalipun, hakikatnya golongan wanita memang akan tetap setia. Cumanya orang lelaki kena faham, hati isteri secara lumrahnya amat sensitif lebihlebih lagi melibatkan soal cinta dan keharmonian rumah tangga.

Tiba-tiba keluar notication ‘I miss you sayang’…suami terus tak keruan kena spot check dengan isteri 

Sejak kebelakangan ini, ramai pengguna TikTok telah terjebak dengan prank uji kesetiaan partner masing-masing melalui kemunculan mesej yang mencurigakan termasuklah influencer bernama Akmal Hizzat ini. Pada awalnya, dia saja mengajak Fatin Noraishah untuk merakam swafoto bersama-sama. Menariknya tak sampai beberapa saat notification masuk, isterinya terus bertanya siapa wanita misteri tersebut manakala Akmal terus berada dalam situasi tak keruan.


l scan tak sampai 2 saat terus tanya siapa Sharina…gelabah dah tu moga selamat tidur luar rumah bang 

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen nyata kagum dengan keupayaan Fatin baca mesej tersebut dalam sekelip mata saja. Selain itu, mereka turut berseloroh Akmal bakal tidur di luar rumah gara-gara prank terbabit. Secara keseluruhannya, video berdurasi 10 saat berkenaan telah meraih lebih lebih 100 ribu jumlah tontonan di aplikasi TikTok.